Friday, September 17, 2010

Selamat Datang. Jemput Masuk.

Sebenarnya blog baru ni bukanlah blog pertama aku. Aku dah pernah tulis blog sebelum ni. First blog aku, aku buat 2 tahun lepas. Before aku sambung buat degree. Sekarang aku dah bekerjaya pun. Baru terhegeh-hegeh nak mula berblog balik. Ada sebab-musabab kenapa blog lama aku tinggalkan macam tu saja. Tapi biarlah. Biar aku je tahu kenapa.

Kenapa aku mula berblog semula:
  • cuti raya dua minggu buat aku rasa diri macam punya banyak masa.
  • aku rajin blogwalking tapi lebih kepada silent reader saje. Aku tak komen. Aku tak "like". Aku tak buat apa-apa pun.
  • aku suka berkongsi cerita. Tapi sebelum ni lebih kepada orang yang aku rapat. Selalunya berkongsi cerita "face to face" ni ada limit. Takut cerita aku buat si pendengar kurang selesa atau takut nak bagi respon.
  • bagi aku bercerita banyak faedahnya. Bergantung pada isi kandungan cerita aku. Kadang-kadang bercerita juga boleh jadi punca rezeki untuk orang lain. Jadi, tak salah aku berkongsi dengan orang lain kan?
  • aku bukan sunyi. aku bukan lonely. aku tahu ada yang menemani aku siang dan malam tanpa henti-henti. Cuma aku tiada pasangan untuk berkongsi hati setelah dia pergi.
  • pekerjaan aku buat aku travel sana sini. Dan pekerjaan aku memerlukan aku online setiap hari. Jadi ada baik nya kalau berblog ni ku jadikan hobi.  
Aku ibarat orang baru dalam dunia blogger ni. Biarlah aku yang ucapkan "selamat datang" dan "jemput masuk" pada senior blogger. Danke schon.



"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan."

No comments:

Post a Comment