Saturday, November 27, 2010

Cerita Lama. Ku Ungkap Semula. "Kisah Dendam - Bhgn. 1"

Pada kebiasaannya..Selalunya..Secara normalnya...Pendek katanya..Straight to the titik lah. Aku bukanlah manusia yang dilahirkan kreatif. Aku tak pandai menulis. Itu aku. Tapi cukuplah aku dikatakan sedang bercerita dan mungkin merosakkan bahasa. Ramai kawan-kawan kata aku hilang tanpa tinggalkan bicara. Adoi, kenapa yea?

Dendam? Betul ke aku berdendam?? Jawapan aku mudah. Memang ya aku berdendam. Aku memang berdendam. Sangat-sangat. Semua orang cakap yang berdendam tu berdosa. Tapi aku pulak cakap yang aku mesti berdendam. Perlu berdendam. Tapi siapa mangsa dendam aku??? Apa yang aku dah buat pada si mangsa?? Sebenarnya banyak sangat perkara aku dah buat sampai dendam aku dah pun terbalas. Hmmm..Memang bunyinya kejam, tapi takda yang tercedera pun. Don't worry. Sebab dendam ni, dendam terhadap diri sendiri. Di mana kegagalan, kekalahan, ketidaksedaran dan kecuaian menyebabkan manusia merase diri tak berguna dan hanya menyerah.

Waktu kawan-kawan dan orang lain kat luar sana meraikan kejayaan masing-masing. Aku pula menangis sebab tak sehebat mereka. Masa tu tahun 2004. Dekat kem PLKN bila masing-masing dapat result SPM on 28th Feb 2004…Kenapa mesti menangis sedangkan itu takdir dan aku sendiri yang menyebabkan kegagalan tu terjadi. Kawan baik aku, Cik Ili-Zawani, yang menjadi saksi utama kegagalan aku masa tu. Anyway, Ili thanks a bunch. Senyuman kau buat kita sedikit terubat masa tu dan congrats atas pencapaian kau. Waktu semua orang dapat tawaran ke merata pusat pengajian tinggi. Tempat aku di mana??

Akhirnya, aku memilih duduk di kerusi sekolah semula dengan mengambil aliran Fizik masa tingkatan 6 rendah di Sekolah Menengah Dr. Burhanuddin. Walaupun tak sampai setahun tapi aku betul-betul rasa selesa study kat situ. Dunia fizik satu dunia yang pernah aku benci sangat-sangat masa form 4 dan form 5 dulu. Tak tahu la kenapa. Cikgu Ng penah cakap, seorang prof. yang hebat dalam dunia fizik dan alirannya merupakan orang yang berusaha mencari penawar untuk penyakit Parkinson. Maaf sebab aku tak ingat nama prof. tersebut. Sebab aku tak alert masa Cikgu Ng sebut name prof tu (kantoi hilang tumpuan). Menarik kan?

Kadang-kadang kita tak tahu rezeki apa Allah s.w.t sediakan untuk kita dan di mana rezeki tu berada. Sebenarnya ia ada di mana sahaja hingga lah kita berusaha untuknya. Walaupun nama IPTA tu hanyalah Universiti Teknologi Mara. Tak la semegah Universiti Malaya. Apatah lagi Heriot –Watt University atau University of Michigan, tapi ilmu yang kita terima walau di mana sekali pun kita berada adalah benda paling berguna dan berharga dalam hidup dan akan dibawa hingga ke liang lahad. Bermula lah suatu fasa baru dalam hidup di sebuah Universiti Teknologi Mara yang berkampuskan di Perak dalam jurusan Ukur Bangunan @ Building Surveying. Thank you so much to En. Mat Usop n En.Suhaimi (interviewers aku masa tue.) Sekarang En. Mat dah bertukar Dr. Mat.

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.- Albert Camus"
 
Maka tercapailah dendam yang pertama walaupun rezeki untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi tu sedikit lambat daripada kawan-kawan yang lain. Sesungguhnya kesabaran seseorang itu ada hasilnya. Walaupun lambat, perkara paling penting dalam hidup adalah bersyukur. Alhamdulillah. Always remember that the unexpected thing always happens. And all things are possible with Allah s.w.t. Just wait for a while coz all things come to those who wait. Insya Allah.

Ada dendam lagi??

No comments:

Post a Comment